Monday, October 3, 2011

My Princess's 1st Cake

Sudah lama my princess Adriana ingin mencuba untuk membuat kek sendiri. Hampir setiap hari dia buka youtube untuk belajar cara-cara membuat kek ;-)

Hari ini, my sister Ella melayan Adriana di dapur dengan kek marble mereka. Walaupun "rupa paras" dan creamnya agak melucukan, tapi rasanya sedap nyum nyum nyum.... Adriana siap tulis Happy birthday Atok walaupun birthday atoknya dah lepas bulan Mei yang lalu. Dan inilah hasilnya...

Friday, August 26, 2011

Apa Gunanya...

Apa guna jadi lelaki kacak, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak.
Apa guna jadi perempuan cantik, kalau 12:00 tengahari pun tak celik-celik.
Apa guna umur besar panjang, kalau asa Fardu Ain pun lintang pukang.
Apa guna Allah bagi hidayah, kalau nak solat pun sikit punya payah.
Apa guna jadi manusia, kalau umur Allah bagi kita sia-sia.
Apa guna harta melimpah, kalau nak hulur kepada yang memerlukan pun susah.
Apa guna pangkat besar, kubur dah dekat pun masih tak sedar-sedar.


Doa Hari Ke-27 Berpuasa

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
 

Thursday, August 25, 2011

Doa Hari Ke-26 Berpuasa

"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
 

Wednesday, August 24, 2011

Doa Hari Ke-25 Berpuasa

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
 

Tuesday, August 23, 2011

Doa Hari Ke-24 Berpuasa

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredhaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."
 

Monday, August 22, 2011

Wanita Solehah















Wanita solehah..
Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan..
Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan..
Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak..
Indah pekertimu,elok peribadimu..
Pastinya kau idaman lElAki budiman..
Kau bakal serikandi terbilang..
Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman..
Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan..
Penyeri hidup kau & dia..


***
Entah suka datang menghiasi hari
Atau duka yang menghampiri
Cinta adalah berbagi
Karena sungguh, ya Akhi wa Ukhti!
Meski disemayamkan dalam dua ragawi
Sepasang kekasih hanya punya satu hati

Berbagi...
Itulah inti cinta sejati...
Ombak suka dan duka datang silih berganti...
Selalu terasa nikmat tersaji ...
Bila dirasakan oleh dua hati yang berfusi...
Cinta yang cepat timbul dan cepat lenyap,
yaitu cinta yang di dorong oleh kenikmatan.
Cinta yang lama timbul dan cepat lenyap,
yaitu cinta yang didorong oleh kepentingan.
Cinta yang cepat timbul dan lama lenyap,
yaitu cinta yang didorong oleh kebaikan.
Cinta yang lama timbul dan lama lenyap,
yaitu cinta yang didorong oleh kenikmatan, kepentingan, dan kebaikan.

***
Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau dustai?
Dengan setetes embun cinta yang kau berikan,
DIA anugerahkan lautan cinta.

Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau ingkari?
Dengan setetes air mata cinta yang kau keluarkan,
DIA titiskan jiwa bidadari surga di dunia.

Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau bohongi?
Dengan setetes keringat cinta yang kau usahakan,
DIA tumbuhkan pohon cinta yang berbuah bahagia.

~>
ISTRI yg sholehah memang benar bidadari di dunia ini
PERMATA yg amat berharga
HIASAN yg amat menawan
PENEGUH yg amat kukuh
Isteri yg solehah berbalut ILMU berselimut AKHLAK
Isteri yg solehah menembus QALBU
krna smua yg dia lakukan berasal dari keTULUSan hati,
dari keIKHLASan jiwa
Isteri yg sholehah adlh RIZKI yg tidak ternilai dari ALLAH,
Yg menggenggam segala kemuliaan, pemberi segala kebahgiaan
Wahai kaum MUSLIMIN, pilihlah wanita solehah dgn mensolehkan dirimu
Wahai wanita SHOLEHAH, jadilah BIDADARI dgn peribadi yg INDAH krna ALLAH semata........^_^
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★
Credit to: Wanita Solehah Itu Bidadari Syurga

Telefon berbunyi ring! ring! ring!

Telefon berbunyi ring! ring! ring!
Kuangkat kutanya siapa
Telefon berbunyi ring! ring! ring!
Kuangkat kudengar suara

A: awak kata nak call jam 10am atau jam 1pm tapi tak ada pun?
B: eh ada lah.kita call jam 4:05 minit kat nombor awak yg satu lagi tapi tak jawab.
A: tapi nombor tu saya off kan jam 1pm. macamana awak boleh kata awak call jam 4:05pm tapi tak jawab?
B: oooo ye ke? nasib baik kita tak call hahahahaha!

Moral of the story: Jangan cuba untuk menipu atau mempermainkan perasaan orang lain nanti buruk padahnya.


Doa hari ke-23 berpuasa

"Ya Allah, bersihkanlah aku di bulan ini dari dosa-dosa, sucikanlah aku di bulan ini dari segala aib, dan ujilah hatiku di bulan ini dengan ketakwaan, wahai Pemaaf segala kesalahan orang yang berdosa..." 
 

Sunday, August 21, 2011

Supaya menjadi lebih baik














لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah

labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim

dengan menasihati orang lain
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya

aku cuma insan biasa
yang mempunyai keinginan seperti kamu

cuma aku berkongsi
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu

dan mengingati diri sendiri
supaya menjadi lebih baik

Saturday, August 20, 2011

LIMA (5) Jambatan Hidup

LIMA (5) Jambatan Hidup


1. Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA
2. Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN
3. Jambatan terkuat adalah: IMAN
4. Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN

5. Jambatan terindah adalah: KASIH


 
credit to: Kembang Anggerik 

Wednesday, August 17, 2011

Anuar & Ellina : Kuda Kepang (HQ Audio)

Huhu ni lagi satu lagu kenangan zaman sekolah waktu darjah 1 di Pekan Telupid, aku join menari untuk acara penghujung tahun majlis sekolah ku. Alangkah bestnya kalau dapat kuputarkan masa. Teringat lagi waktu tu menari lagu ni sambil pegang kuda yang diperbuat daripada kertas manila.


Tuesday, August 16, 2011

Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina

Lagu-lagu raya sudah mula berkumandang di corong2 radio. Pelbagai rentak, ada yang gembira, sayu malah ada yang menggamit memori kenangan beraya di zaman kanak-kanak. Namun bagi aku, lagu ini tetap menjadi lagu raya yang paling happy di zaman kanak-kanak ku. Tak kira lah masa tu beraya dengan baju baru atau tidak, lagu ni tetap menjadi feveret ku. Masa lagu ni femes, aku baru darjah dua klu tak silap.

KelipKelip: manisnya kenangan beraya di zaman kanak-kanak di barek polis :D andai boleh kuundur masa.


Seth Tan & Nora Elena @ Akasia TV3

Aku tak pernah tengok drama ni walau 1 episod pun waktu ia ditayangkan di TV3 dulu. It somehow caught my attention bila ramai orang specially gegurl & ladies post & kecoh kat fb masa final episode hari tu, nak feeling2 dengan Aaron Aziz lah, aku curious nak tau... apa yang bestnya dengan cerita ni, tapi still tak tengok juga time tu. Yang aku pelik lagi tu, apasal nama Aaron dalam drama ni Seth Tan? Cuba korang pronounce sendiri, macam kelakar plak bila sebut. At last aku terlayan online juga and spent about 3 nights 2 days utk habiskan drama ni (macam ala-ala penginapan kat hotel plak). Baru tadi habis tonton 24 episod. Memang best and double thumbs up utk semua pelakon & crew yang menjayakan Nora Elena.














Jalan cerita yang menarik dan romantik yang diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci. Tak pernah aku serius tonton drama melayu sebelum ni. Tapi Nora Elena ni memang akan beri kesan kepada sesiapa juga yang menontonnya, termasuk aku hehehe. Lagu-lagu yang dimuatkan juga sesuai dengan jalan ceritanya. Cuma aku benci tengok watak Yvonne lakonan Wan Sharmila dalam cerita ni. Gedik tahap maksimum, meluat betul tengok! Asal babak dia keluar ja aku rasa macam nak tarik2 ja rambut dia sebab benci sangat dengan watak Yvonne tu. Ini bermakna dia berjaya membawa watak perempuan yang cuba menghancurkan cinta & rumahtangga Seth & Nora. Aaron Aziz memang best, dia berjaya menjiwai wataknya dengan sangat berkesan, memang kena watak ni dengan air mukanya yang cool & sincere tu. Patutlah ramai kat luar sana yang terjatuh cinta dengan Seth lepas drama ni ditayangkan. Tapi lepas tengok cerita ni aku tertanya-tanya, adakah benar-benar wujud cinta sesuci cinta Seth Tan pada Nora Elena dalam dunia sekarang ni? Dan benarkah ada lelaki atau suami seromantik & se"real" Seth di luar sana? Atau mungkin cuma dalam drama... Tapi aku ada terbaca kat mana entah, Aaron sendiripun ada cakap Seth Tan is merely in one's fantasies. Klu ada director yang buat filem cerita ni pasni, memang meletup. Tapi pelakon nak yang sama gak. Sumpah best slot drama ni! Rugi kalau korang tak tengok.

Thursday, August 11, 2011

 
 
 
 
 
 
 
 
Ya Allah,
Ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air ini dapat memadamkan api neraka Mu.
Betapa sadar diri ini begitu hina dihadapan-Mu.
Diri yang tangannya banyak maksiat ini
Mulut yang banyak maksiat ini
Mata yang banyak maksiat ini
Hati yang telah dikotori oleh noda ini,
Yang memiliki keinginan setinggi langit,
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajah-Mu Yang Mulia ...
 

Wednesday, August 10, 2011

Yang Kafir Bertanya kepada Orang Islam









 
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

 Yang Islam Pula Bertanya

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
 "Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"
"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak 

"Erk.. kau betul.."
.................................................................................................................................................................... 
Aku terjumpa entry ini di blog Erti Kehidupan dan copy paste untuk share di sini buat tatapan & bacaan diri sendiri atau siapa-siapa saja di kemudian hari.

TERLANJUR CINTA * ROSSA FT PASHA UNGU

I love this song... secara tiba-tiba aja deh...

TERLANJUR CINTA * Rossa Ft Pasha Ungu

(Rossa)
Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan
(Pasha)
Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan
(Korus)
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta….
(Rossa)
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
(Pasha)
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan…

search - cinta sepi

Cinta Sepi - Search

kau nyalakan pelita hati
tapi sayang ditengah hari
aku sendiri bukan tak peduli
betapa halusnya cinta

hingga kita bisa tersinggung
walau dengan setitis dusta
terbakar hati panas mentari
panas lagi cinta ini

haruskah kita terus begini
dalam mencari erti cinta
hingga kita bisa tersinggung
walau dengan setitis dusta

diam bukan bererti aku tidak mengerti
dan bukan cumbu rayu yang membuat kita rindu
lumrahnya cinta
sedang kita alami cinta sepi

dekat kurasa jauhpun kurasa sekuat mana getaran cinta kita


Monday, August 8, 2011

Bila Si Kecil Bertanya

Suatu petang dalam kereta ketika sedang santai memandu sambil radio berkumandang, aku disoal oleh putera dan puteriku.

Adik: "Mama mama! Antara adik & abang, siapa yang mama paling sayang?"
Abang: "Iya ma, siapa yang paling mama sayang? Abang nda kisah kalau mama cakap mama paling sayang adik."

Aku jeling-jeling wajah abang dan adik sambil driving waktu itu. Dalam hati, kenapakah soalan cepumas ini yang mereka tanyakan? Perlukah ada pembahagian kasih sayang antara anak-anak? Nasib baik cuma ada dua orang aja, kalau ada 5,6,7 anak, mau pening juga aku menjawabnya.

Adik: "Mama mesti jawab..."
Abang: "Iya ma, siapa ma?"

Aku tersenyum, "Mama sayang you dua-dua sama rata, tiada yang lebih atau kurang".
Abang: "Nda apa ma, mama bagitau ja siapa yang paling paling mama sayang?"

Sekali lagi abang memaksa untuk aku memberi jawapan. Mungkin kerana aku selalu minta dia mengalah bila bergaduh dengan adik maka itu dia sangkakan aku lebihkan adik. Wajah adik masih penuh tanda tanya.

Aku menjawab..."Kalau mama tanya you dan adik, siapa yang kamu paling sayang antara papa dan mama macam mana?"

Abang dan adik senyum lalu jawapan ini daripada si abang, "Abang sayang dua-dua sama ja ma."
Adik: "Adik pun sama ma."

Aku: "Mana boleh, mesti pilih satu, mama atau papa?".
Abang: "Nda boleh pilih ma. Abang sayang mama sebab mama lahirkan kami. Papa pula cari duit untuk kita"
Walaupun baru mencecah 11 tahun tapi abang bijak berfikir. Adik pula berwajah serius. Tapi dia mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan abangnya.

"Haaa...jadi jawapan yang sama itu juga mama akan jawab bila you dan adik tanya soalan tadi. Kita tak boleh bezakan kasih sayang sesama kita sebab kita 1 family. Mesti sayang menyayangi antara satu sama lain. Mama sayang abang dan adik sama rata. Sebab dua-dua pun anak mama. Sama macam mama sayang papa you" aku kira soalan psychology aku tadi menjawab soalan putera dan puteriku.

Friday, August 5, 2011

Cantik Plastik

Cantik Plastik... apa yang u olls faham dengan ayat ni? 
Semalam aku tertonton rancangan di astro OASIS Selami Jiwa Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah bersama tetamu undangan Ifa Raziah dan seorang doktor wanita (tak ingat nama) membincangkan tentang isu suntikan collagen vitamin C / botox bagi kesihatan dan kecantikan wajah. Ifa Raziah, artis Malaysia pertama yang secara jujur mengakui membuat suntikan collagen vitamin C ke wajahnya sejak 8 tahun yang lalu.

Isu ini agak hangat diperkatakan dikalangan wanita pada masa ini dek kerana mereka inginkan kelihatan lebih muda, cantik, sihat dari usia sebenar terutama bagi mereka yang sibuk bekerja. Sebut aja wanita dan kecantikan, memang tidak dapat dipisahkan lagi bagai irama dan lagu. Dato' Dr Fadzilah Kamsah sendiri mengatakan berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan, pengambilan kaedah suntikan vitamin C atau kollagen ini boleh sekiranya ianya tidak memudaratkan. Tetapi tidak kepada BOTOX ya darling...

Kalau u olls ingin mencuba teknik ini, nasihat saya periksa tahap kesihatan dan tekanan darah u olls dulu. Sebabnya setahu saya, mereka yang ada gastrik dilarang mengambil kaedah suntikan ini kerana ianya mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic. Pengambilan secara berlebihan juga boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang. So berhati-hati ya! Masalahnya terlalu banyak pusat rawatan di negara kita sekarang ini yang memberikan perkhidmatan seumpamanya. Tepuk dada tanyalah selera! Apa yang penting, hati haruslah selalu bersih dan ikhlas, barulah tercermin kecantikan pada wajah kita insyaAllah.

Ifa Raziah dulu & sekarang


Thursday, August 4, 2011

Puasa oh Puasa

Hari ini masuk hari ke 4 umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah... syukur kerana aku dapat melaluinya tanpa sebarang masalah. Mudah-mudahan aku dapat menjalankan ibadah yang diperintahkan ini dengan sempurna. Cuma kadang-kadang kusut otak bila nak sampai waktu berbuka dek kerana memikirkan tempat yang sesuai untuk aku sekeluarga sungkai. Encik suami pulak menugaskan aku untuk memilih lokasi restoran yang sedap untuk berbuka. Secara tidak langsung aku ada tugas baru tanpa bergaji di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Kalau nak masak, aku ni malas betullah lagi-lagi bulan puasa ni. Kena tunggu mood nak masak datang barulah berasap dapur bulan puasa ni hihihi... tak sesuai tau.

Cerita bulan puasa ni, mengingatkan aku pada arwah mak tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10.02.2011. Pada tahun-tahun sewaktu hayat arwah mak, dialah yang selalu mengejutkan aku untuk bangun sahur. Handphone ku akan ringing tiap-tiap jam 3 subuh, mak memanggil untuk bangun sahur. Walaupun dia jauh di kampung, terasa ada di sebelah aja waktu tu. Mak... along rindu mak! Semoga rohnya tenang di sisi Allah yang Maha Esa. Al-Fatihah untuk arwah mak yang tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates