Thursday, August 4, 2011

Puasa oh Puasa

Hari ini masuk hari ke 4 umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah... syukur kerana aku dapat melaluinya tanpa sebarang masalah. Mudah-mudahan aku dapat menjalankan ibadah yang diperintahkan ini dengan sempurna. Cuma kadang-kadang kusut otak bila nak sampai waktu berbuka dek kerana memikirkan tempat yang sesuai untuk aku sekeluarga sungkai. Encik suami pulak menugaskan aku untuk memilih lokasi restoran yang sedap untuk berbuka. Secara tidak langsung aku ada tugas baru tanpa bergaji di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Kalau nak masak, aku ni malas betullah lagi-lagi bulan puasa ni. Kena tunggu mood nak masak datang barulah berasap dapur bulan puasa ni hihihi... tak sesuai tau.

Cerita bulan puasa ni, mengingatkan aku pada arwah mak tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10.02.2011. Pada tahun-tahun sewaktu hayat arwah mak, dialah yang selalu mengejutkan aku untuk bangun sahur. Handphone ku akan ringing tiap-tiap jam 3 subuh, mak memanggil untuk bangun sahur. Walaupun dia jauh di kampung, terasa ada di sebelah aja waktu tu. Mak... along rindu mak! Semoga rohnya tenang di sisi Allah yang Maha Esa. Al-Fatihah untuk arwah mak yang tersayang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates