Friday, August 5, 2011

Cantik Plastik

Cantik Plastik... apa yang u olls faham dengan ayat ni? 
Semalam aku tertonton rancangan di astro OASIS Selami Jiwa Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah bersama tetamu undangan Ifa Raziah dan seorang doktor wanita (tak ingat nama) membincangkan tentang isu suntikan collagen vitamin C / botox bagi kesihatan dan kecantikan wajah. Ifa Raziah, artis Malaysia pertama yang secara jujur mengakui membuat suntikan collagen vitamin C ke wajahnya sejak 8 tahun yang lalu.

Isu ini agak hangat diperkatakan dikalangan wanita pada masa ini dek kerana mereka inginkan kelihatan lebih muda, cantik, sihat dari usia sebenar terutama bagi mereka yang sibuk bekerja. Sebut aja wanita dan kecantikan, memang tidak dapat dipisahkan lagi bagai irama dan lagu. Dato' Dr Fadzilah Kamsah sendiri mengatakan berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan, pengambilan kaedah suntikan vitamin C atau kollagen ini boleh sekiranya ianya tidak memudaratkan. Tetapi tidak kepada BOTOX ya darling...

Kalau u olls ingin mencuba teknik ini, nasihat saya periksa tahap kesihatan dan tekanan darah u olls dulu. Sebabnya setahu saya, mereka yang ada gastrik dilarang mengambil kaedah suntikan ini kerana ianya mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic. Pengambilan secara berlebihan juga boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang. So berhati-hati ya! Masalahnya terlalu banyak pusat rawatan di negara kita sekarang ini yang memberikan perkhidmatan seumpamanya. Tepuk dada tanyalah selera! Apa yang penting, hati haruslah selalu bersih dan ikhlas, barulah tercermin kecantikan pada wajah kita insyaAllah.

Ifa Raziah dulu & sekarang


2 comments:

Admin said...

wah..template cantik...

Kelip Kelip said...

tenkiu tenkiu :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates